Make your own free website on Tripod.com
Aku Kembali ke Roma
Kesaksian yang bakal anda terima merupakan kisah perjalan saya sebagai seorang Kristian Katolik yang pada mulanya amat tidak bersetuju serta menentang semua ajaran agama Kristian umumnya, dan Gereja Katolik khususnya sehingga hampir-hampir untuk memeluk agama Islam. Kesaksian saya ini benar-benar berlaku, kerana saya sendiri telah mengalaminya.
I thank You Lord my God; I'm coming home now......I'm coming Lord.
 

        Nama saya Alfred, dan saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga beragama Kristian Katolik. Sebagai seorang anggota di dalam keluarga tersebut, saya dididik dan dibesarkan menurut nilai-nilai ajaran Katolik. Saya dibaptis sewaktu kecil, lalu sewaktu berumur 13 tahun saya menerima Sakramen Pengampunan dan Sakramen Penguatan lalu diberi nama Isaac. Sepertimana yang anda semua tahu bahawa di dalam Gereja Roman Katolik, gereja ini mengajarkan bahawa seseorang yang ingin menjadi Paderi, tidak boleh berkahwin atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, kehidupan mereka amat jelas berbeza daripada orang lain. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka (bukan semua paderi) hidup di dalam keadaan sederhana tetapi amat tenang dan gembira dengan jalan yang mereka pilih di dunia ini. Dan inilah yang membuatkan saya tertarik untuk menjadi paderi pada masa akan datang. Tetapi tanpa disangka-sangka, keinginan tersebutlah yang menyebabkan saya menerima pengalaman yang saya ibaratkan sebagai terumbang-ambing dan juga tidak tentu arah.

        Sewaktu saya berumur 13 tahun iaitu pada tahun 1997, saya telah menerima sebuah bungkusan. Saya terkejut kerana bungkusan tersebut dikirimkan daripada Indonesia, ini dapat diketahui apabila saya melihat stemnya. Saya tertanya-tanya mengapakah bungkusan tersebut dikirimkan kepada saya, dan siapakah pengirimnya? Saya agak keliru dan bingung. namun, saya apabila saya membuka bungkusan tersebut, saya mendapati terdapat beberapa buah buku kecil dan beberapa keping risalah. Kesemua buku dan risalah tersebut memuatkan tulisan-tulisan yang berkenaan dengan agama Islam dan juga Kristian.
Saya amat terkejut, dan sekali lagi tertanya-tanya, bagaimana mereka tahu nama serta alamat tempat tinggal saya, sedangkan pada waktu itu saya masih bersekolah dan tidak pula mempunyai sahabat dari mana-mana negara. "Kemungkinan salah seorang rakan saya ada memberikan alamat tersebut kepada mereka, atau mungkin juga kakak sepupu saya yang memberikan alamat tersebut kepada mereka di Indonesia...." Namun, saya tidak mendapati bahawa fikiran saya itu benar dan tidak ada bukti langsung tentang fikiran saya itu. Lalu saya hanya membiarkan kesemua persoalan-persoalan tersebut dan terus sahaja mula membaca kesemua risalah tersebut.

        Pada waktu tersebutlah merupakan kali pertama saya mengetahui tentang perbezaan-perbezaan di antara agama Kristian dan juga Islam. Dan pada waktu itu juga saya mengetahui tentang apa-apa yang difirmankan oleh Alkitab dan Al Quran tentang keperibadian Isa atau Yesus (salam ke atasnya pada waktu dia dilahirkan, pada waktu dia diwafatkan dan pada waktu dia dibangkitkan hidup semula.) Perdebatan-perdebatan yang ditulis di dalam risalah serta buku-buku tersebut sangat menarik hati saya. Ini menyebabkan saya berusaha untuk memahami Alkitab dan Al Quran. Namun itu semua dilakukan dalam keadaan sulit, kerana takut sekiranya diketahui oleh orang tua saya. Maklumlah, keluarga saya merupakan orang kuat agama.

        Kegiatan saya tersebut berlanjutan sehingga saya mencecah umur 16 tahun iaiatu pada tahun 2000, di mana pada tahun tersebut, saya bertekad untuk membeli sebuah kitab tafsir Al Quran di sebuah gerai yang menjual buku-buku agama Islam di Kota Belud. Saya membeli kitab tersebut kerana selama ini saya hanya membaca ayat-ayat daripada Al Quaran melalui buku-buku yang dikirimkan daripada Indonesia. Saya tahu, bahawa negara Indonesia mempunyai kelompok-kelompok penganut agama yang fanatik dan kuat, terutama sekali penganut daripada agama Kristian dan juga Islam. Oleh kerana tidak mahu terus-menerus mempercayai buku-buku tersebut, saya membeli kitab tafsir Al Quran lalu membuat kajian ke atasnya.

        Setiap hari selepas waktu persekolahan, saya akan cepat-cepat memulakan kajian saya tersebut dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan pelajaran saya terabai, namun saya tidak kisah kerana pada tahun tersebut saya berada di dalam tingkatan 4, dan tidak mengambil sebarang peperiksaan penting seperti PMR dan juga SPM. Kajian saya menyebabkan banyak sekali catatan yang saya tuliskan. Semakin lama saya mengkaji Al Quran, iman dan kepercayaan saya terhadap Alkitab dan agama Kristian semakin pudar sehingga saya berani menentang agama dan gereja saya sendiri. Saya juga semakin yakin bahawa terdapat beberapa jenis makanan dan minuman keras yang haram. Hidup saya bermula sewaktu berumur 13 tahun sehinggalah mencecah umur 16 tahun benar-benar telah berubah.

        Di dalam Al Quran memberi kesaksian bahawa Yesus merupakan seorang nabi Allah, dan bukannya Tuhan dan Allah sepertimana yang dijelaskan oleh Alkitab. Al Quran juga mengajarkan bahawa Alkitab itu sudah diubah, dan Yesus tidak disalibkan. Walau bagaimana sekalipun, disebabkan oleh ketidakyakinan saya terhadap agama saya sendiri, saya semakin berani mempersoalkan kesemua ajaran-ajaran agama Kristian Katolik bermula daripada pertanyaan seperti 'mengapakah Gereja Katolik mempunyai patung di dalam gereja?' 'Benarkan Alkitab diubah?' dab banyak lagi persoalan yang timbul. Kesemuanya ini akhirkan membingungkan saya sehingga saya sentiasa sahaja pening.

        Setiap kali saya bertanya kepada Alkitab tentang mengapakah Al Quran mengatakan begini sedangkan Alkitab mengatakan demikian, dengan maksud untuk mencari kesalahan Alkitab tersebut, sentiasa sahaja Alkitab memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati saya. Betapa banyakpun soalan yang saya ajukan kepada Alkitab, saya mendapati Alkitab sentiasa sahaja mempunyai jawapan yang amat logik dan benar. Begitu juga apabila saya bertanya kepada Al Quran, Al Quran juga mampu memberikan jawapan yang tidak ragu-ragu. Saya kemudiannya menjadi bingung dan pada minggu-minggu tersebutlah jiwa saya sentiasa tidak tenteram, dan kurang tidur akibat daripada memikirkan hal tersebut sehingga lewat malam. Saya menyedari bahawa saya perlu bertanya kepada orang-orang tertentu yang pakar di dalam hal-hal agama. Namun saya memutuskan untuk tidak meneruskan niat saya tersebut kerana saya percaya, setiap soalan yang saya ajukan kepada mereka pasti tidak memuaskan hati dan jiwa saya.....dan pastinya kurang logik. Ini kerana mereka bukanlah firman Allah, mereka cuma manusia, dan walaupun bergelar Imam atau Paderi, kemungkinan mereka kurang mengkaji hal-hal perbezaan agama Kristian dan Islam secara mendalam. Lalu saya terus sahaja membiarkan hal tersebut. Saya amat geram sekali.

        Namun peristiwa tersebut tidak menyebabkan saya untuk terus mengkaji agama Islam secara mendalam. Satu persoalan yang menyebabkan saya hampir-hampir memutuskan untuk memeluk agama Islam ialah, mengapa orang Krstian menganggap Yesus sebagai Tuhan dan Allah? telah banyak kali saya mencari di dalam Alkitab, namun saya tidak menemui jawapanya. Ini menyebabkan saya, pada suatu malam di dalam tahun yang sama, kira-kira pada pertengahan tahun tersebut, saya hampir-hampir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Pada waktu tersebut saya bersendirian di dalam bilik. Saya menangis dan jiwa saya terseksa olah kajian saya tersebut. saya sudah bertekad bahawa saya tetap mahu memeluk agama Islam dan walau apapun yang terjadi, saya tetap dengan kemahuan saya sungguhpun keluarga saya tidak menyukainya.

        NAMUN DEMIKIAN, pada malam tersebut saya bersyukur kerana saya masih waras dan berfikiran. Saya menenangkan fikiran saya semula, lalu berkata kepada diri saya sendiri: "Kalau benar kamu mahu masuk Islam, kalau benar Al Quran mengatakan demikian, selidikilah Alkitab kamu untuk kali yang terakhir agar jangan kamu menyesal di kemudian hari. Kalau kamu menyesal setelah masuk Islam, kamu tidak dapat menjadi Kristian semula, dan jiwa kami akan berganda parah!" Kemudian saya memegang Alkitab di tangan saya lalu memohon petunjuk daripada Allah agar dapat menunjukkan satu ayat daripadanya. Setelah itu, saya terus membuka Alkitab saya secara rambang lalu ternampak satu ayat di dalam Injil Yohanes bab 13 ayat 13 yang berbunyi: "Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Memang benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan."

        Saya tidak faham mengapa seorang nabi, seorang manusia....mengatakan demikian. Saya tidak percaya bahawa Al Quran itu diubah, dan saya juga tidak percaya bahawa Alkitab itu diubah. Al Quran dan Alkitab sama-sama diturunkan oleh Allah, bolehkan ianya diubah? Sedangkan Iblis sendiri tidak mampun untuk mengubah wajahnya menyerupai wajah nabi-nabi....(Hanya Allah yang tahu.)

        Setelah saya membaca ayat Yohanes 13:13 tersebut, saya menangis dan saya benar-benar merasakan ada sesuatu yang keluar daripada jiwa saya. Saya sangat tenang ketika itu....sangat gembira kerana pada saat-saat yang terakhir, saya telah mendapat jawapannya...saya puas dengan jawapan tersebut. Itulah air.....itulah air. Dan pada saat itu jugalah saya membuat keputusan untuk masuk agama Kristian semula walaupun saya belum mengucapkan dua kalimah syahadah, namun saya percaya bahawa saya telah murtad dari agama Kristian kerana tidak mempercayai Yesus (salam ke atasnya pada waktu dia dilahirkan, pada waktu dia diwafatkan dan pada waktu dia dibangkitkan hidup semula.)

        Dan kini, saya semakin percaya akan agama saya. Saya juga gembira apabila mengetahui bahawa kakak sepupu saya yang pada asalnya seorang Katekis (pendakwah Kristian) yang membenci agama Islam, kini tidak lagi membenci agama Islam kerana dia sendiri juga telah membaca buku-buku daripada Indonesia tersebut. Inilah perubahan di dalam sejarah rentetan hidup saya dan bagaimana ianya turut mengubah dan melembutkan hati kakak sepupu saya tersebut.

        Walaupun kami beragama Kristian, namun sebagai penganut agama Kristian Katolik, kami percaya bahawa Islam dan Kristian itu bersaudara dan terlalu banyak sekali persamaannya, dan hanya terdapat sedikit perbezaan yang boleh dihintung dengan jari manusia.
 
 

Salah satu Dokumen "Nostra Aetate" membicarakan masalah para pengikut agama dan keyakinan lain. Bab tentang Islam dalam Dokumen ini menunjukkan untuk pertama kalinya Konsili Gereja membahas secara rasmi tentang kaum Muslim. Hal-hal pokok yang diutarakan adalah: 
  • Umat Kristian harus menghormati dan menghargai umat Islam.
  • Umat Islam dan Kristian menyembah Allah yang sama; Pencipta, Mahakuasa dan Maharahim.
  • Yang mengkomunikasikan pesanNya kepada umat manusia.
  • Islam dan Kristian berusaha taat kepada kehendakNya.
  • Islam dan Kristian berketurunan dari iman Abraham (Ibrahim).
  • Islam menerima Yesus sebagai Nabi dan menghormati Maria (Maryam; ibu Yesus).
  • Islam dan Kristian sama-sama menunggu pengadilan akhir daripada Allah dan kebangkitan orang mati.
  • Kaum Islam sangat menjunjung tinggi hidup yang benar; dan menyembah Allah lewat doa, amal dan puasa.
"Sesunggunya engkau mendapati bahawa orang-orang yang paling kuat memusuhi orang-orang Islam adalah orang-orang Yahudi, dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya engkau mendapati orang-orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang Islam adalah orang-orang Kristian." 
 
Surah Al-Maidah ayat 82
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Hubungi saya di alamat email adver_dean_thomas@yahoo.co.uk